Dah Vaksin? Jom Claim Promo Dan Makanan Free! - Edisi 2

Tak sangka betullah, banyak juga ye Promo dan Makanan Percuma untuk mereka yang dah divaksin. Rasa terharu pula bila banyak syarikat terutama sekali syarikat F&B menunjukkan sokongan mereka terhadap Program Imunisasi Nasional. Best-best pula tu promonya! Kalau macam ni, memang bersemangatlah rakyat nak amik vaksin. Yang baru dapat first dose pon layak je nak claim sekali. Peluang sekali seumur hidup tau dimanjakan sebegini rupa. Baik manfaatkan sebaiknya.

 

1. A&W Malaysia

Dah terima vaksin kan! Jadi ini bermakna korang layak untuk redeem FREE Curly Fries dengan apa-apa pembelian COMBO di mana-mana A&W Outlet. Caranya mudah je. Cukup dengan tunjukkan status vaksinasi di MySejahtera atau Kad Vaksinasi, untuk menikmati hadiah ini.

Tempoh : 25 Jun 2021 – 25 Julai 2021
Link Facebook : A&W Malaysia
Link Instagram : @anwmalaysia

 

2. Manhattan Fish Market

Promosi sebanyak 30% diskaun untuk semua Ala-carte menu di The Manhattan Fish Market Menu seluruh Malaysia! Wahhh betul-betul reward diri ni. Caranya mudah je, hanya perlu walk-in dan tunjukkan bukti vaksinasi korang untuk dapatkan diskaun tersebut.

Tempoh : –
Link Facebook : The Manhattan FISH MARKET
Link Instagram : @mfmmy

 

3. Nando’s

Untuk eksklusif Nando’s member, korang boleh claim FREE Chilli dari pihak Nando’s! Chilli tu merupakan point untuk Loyalty Programme Nando’s. Point yang banyak boleh dapat reward FREE Full Chicken tau. Caranya mudah je dengan hanya perlu fill up online form dengan tekan di sini, untuk claim Nando’s Free Chilli.

Tempoh : 22 Jun 2021 – 30 September 2021
Link Facebook : Nando’s
Link Instagram : @nandosmy

 

4. OldTown White Coffee

Wahh OldTown White Coffee pun tak ketinggalan untuk memberi sokongan kepada golongan sudah divaksin ni. Korang boleh dapat potongan harga sebanyak 20% tau! Promosi ni hanya valid untuk hidangan Ala Carte sahaja. Mudah je cuma perlu tunjuk bukti vaksinasi di kaunter pembayaran dan diskaun 20% akan ditolak dari bil.

Tempoh : 23 Jun 2021 – 30 September 2021
Link Facebook : OLDTOWN White Coffee Malaysia
Link Instagram : @oldtownwhitecoffee

 

5. MyLaksa Malaysia

Disebabkan oleh lanjutan FMCO, MyLaksa ingin memberikan hadiah istimewa tambahan bagi mereka yang telah berjaya menerima vaksin dengan dos 1 atau dos 2! Cukup dengan perlu flash status vaksinasi di aplikasi MySejahtera dan korang layak untuk mendapatkan Asam Laksa BELI 1 PERCUMA 1!

Tempoh : 5 Julai 2021 – 31 Julai 2021
Link Facebook : MyLaksa Malaysia
Link Instagram : @mylaksa.my

 

6. Churitto’s Fresh Mex

Disebabkan ramai yang dah di vaksin, Churitto’s akan berikan soft taco dan virgin mojito secara PERCUMA tau! Untung betul dapat makanan dan minuman percuma. Bukan susah pun nak claim, cuma perlu tunjuk bukti vaksinasi je.

Tempoh : –
Link Facebook : Churitto’s Fresh Mex
Link Instagram : @churittosfreshmex

 

7. Jus Longg

Untungnya jadi orang Johor yang dah divaksin ni bila boleh claim discount 10% dari Jus Longg. Walaupun Jus Longg ni available di Johor dan di Singapura, tapi promosi ni cuma khas untuk warga Johor sahaja. Caranya mudah je dengan tunjukkan bukti vaksinasi di pihak HQ, dan korang layak untuk menikmati jus yang segar ni. Jangan lepaskan peluang tau!

Tempoh : 15 Julai 2021 – 15 Ogos 2021
Link Facebook : Jus Longg HQ
Link Instagram: @juslongghq

 

8. Street Churros

Street Churros akan berikan 1 Street Churros PERCUMA kepada semua pelanggan yang sudah divaksin. Makanan percuma ni cuma applicable untuk Walk-In di outlet Street Churros berdekatan, dan cuma valid untuk 7 hari selepas tarikh divaksin. Jadi cepat-cepat claim tau!

Tempoh : 15 Jun 2021 – 31 Julai 2021
Link Facebook : Street Churros Malaysia
Link Instagram: @streetchurrosmy

 

9. 7-Eleven Malaysia

Nikmati tawaran BELI 1 PERCUMA 1, apabila korang telah mendaftar atau menjalani vaksinasi! Hanya perlu pergi ke 7ElevenMY terdekat hari ni dan tunjukkan status vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera di kaunter pembayaran. Kemudian, pilih sebarang tawaran pilihan masing-masing untuk dinikmati!

Tempoh : 12 Julai 2021 – 29 Ogos 2021
Link Facebook : 7-Eleven Malaysia
Link Instagram : @7elevenmalaysia

 

10. Pokego

Bagi peminat healthy food di Johor mesti suka kalau dapat tau yang Pokego akan beri minuman Americano atau Hot Tea secara PERCUMA bagi yang dah divaksin! Mudah je dengan hanya perlu tunjukkan bukti vaksinasi pada staff mereka, dan korang layak untuk claim minuman tersebut.

Tempoh : –
Link Facebook: Pokego
Link Instagram : @pokego_officialgroup

 

11. The Brew Crew

Untuk peminat kopi yang dah vaksin mesti gembira kan kalau dapat tau yang The Brew Crew nak belanja diskaun sebanyak 50% untuk setiap satu minuman yang dipilih. Ini merupakan sebagai tanda mereka menyokong Program Imunisasi Nasional. Mudah je, dengan hanya perlu tunjukkan bukti vaksinasi untuk dapatkan diskaun tersebut.

Tempoh : 26 Mei 2021 – Ogos 2021
Link Facebook : The Brew Crew Malaysia
Link Instagram : @thebrewcrewmy

 

Leave your comment

error: Content is protected !!