Duduk Rumah Pun Boleh Menang PS5! 10 Peraduan Menarik Untuk Disertai.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di seluruh Malaysia bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang jangkitannya kian merebak sehingga mencecah angka membimbangkan.

Jangan risau dan jangan panik, kita pernah menghadapinya bersama dan kita pasti akan menang kalini membanteras dengan hanya duduk dirumah! Mesti ramai yang dah ada list aktiviti apa yang nak dibuat di rumah kan.

Bagi yang memerlukan idea baru untuk mengisi masa lapang, ni admin kongsikan 10 peraduan menarik yang boleh disertai dengan hanya duduk dirumah. Hadiah untuk dimenangi pon menarik tau! Manalah tau rezeki…

 

1) McDonald’s – RiuhOOTDMcD Contest

Admin tau mesti ramai yang jenis suka bersiapkan. Tapi kalau duduk dekat rumah, nak bersiap pun, nak pergi mana ye dak. Okay jom kita join peraduan ni. Boleh bersiap-siap dekat rumah pakai cantik-cantik, baju warna-warni dan berselfie sambil berOOTD dengan Rio Burger McD. Kemudian post kan di Instagram dengan hashtag #RiuhOOTDMcD. Senang je kan!

Tempoh : 31 Mei 2021 – 23 Jun 2021
Link Facebook : McDonald’s Malaysia

 

2) Nestle – Stay Fit

Walaupun duduk di rumah, itu tak bermakna kita tak boleh nak menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Bagi yang jenis menjaga badan dan pemakanan ni, boleh gunakan peraduan ni sebagai satu semangat ketika di rumah. Mudah je dengan hanya perlu membeli 1 pek bijirin sarapan Nestle FITNESSE atau MILO Protein Granola di dalam satu resit. Langkah seterusnya boleh lihat di website Nestle.

Tempoh : 1 Mei 2021 – 25 Jun 2021
Link Website : Nestle Malaysia

 

3) Nestle – Hari Gawai

Hari Gawai merupakan hari perayaan pesta tahunan yang disambut dikalangan kaum Dayak di Sarawak. Jadi dengan itu, peraduan ni hanya boleh disertai bagi yang berada di Sarawak sahaja. Caranya sangat mudah, dengan cuma perlu beli mana-mana produk NESTLÉ sedia untuk diminum yang bernilai minimum RM5.00 dalam satu resit yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di negeri Sarawak.

Tempoh : 3 Mei 2021 – 28 Jun 2021
Link Website : Nestle Malaysia

 

4) Nestle – Tadau Kaamatan

Baru-baru ni kaum Kadazan di Sabah baru je habis menyambut pesta kaamataan. Sama juga seperti peraduan Hari Gawai, peraduan Tadau kaamatan ni hanya boleh disertai bagi yang berada di Sabah. Caranya sangat mudah, dengan cuma perlu beli mana-mana produk NESTLÉ sedia untuk diminum yang bernilai minimum RM5.00 dalam satu resit yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di negeri Sabah.

Tempoh : 3 Mei 2021 – 28 Jun 2021
Link Website : Nestle Malaysia

 

5) Maggi – Jom Masak Dan Menang Bersama

Sempena menyambut Hari Gawai dan Kaamatan, maggi telah menyediakan peraduan masak dan menang yang menarik untuk disertai jika anda seorang yang kreatif dalam masakan. Caranya amat mudah je dengan perlu kongsikan resipi Gawai & Kaamatan anda di Facebook atau Instagram beserta #MasakBersamaMAGGI & #PestaGawaiKaamatanMAGGI dan tag @MAGGIMalaysia untuk menangi Periuk Serbaguna Tefal bernilai RM299.

Tempoh : 1 Mei 2021 – 30 Jun 2021
Link Facebook : Maggi

 

6) 7-Eleven – Drink Hershey’s Soyfresh Now!

Siapa je yang tak nak menang PS5 ni, lagi lah bila sekarang kene duduk kat rumah. Sekurangnya kalau ada PS5 kat rumah dapat juga lah isi masa lapang ye dak. Haaa time ni lah nak rebut peluang dengan hanya beli satu pack Hershey Soyfresh di 7eleven berdekatan, dan hantarkan gambar resit ni QR code diberikan. Manalah tau rezeki menang PS5.

Tempoh : 9 Mei 2021 – 17 Jun 2021
Link Facebook : 7-Eleven Malaysia

 

7) Burger King – Seoul Pedas Set Meal

Tadi hadiah PS5, kalini hadiah Iphone 12 warna purple pula wow! Mudah pula tu cara nak sertai dengan hanya membeli Large Pedas Seoul set meal, dan hantarkan resit di QR code yang diberikan. Yang paling best peraduan ni berlangsung selama 5minggu dan pemenang akan diumumkan tiap minggu. Untung badan dapat menang telefon baru.

Tempoh : 19 Mei 2021 – 22 Jun 2021
Link Facebook : Burger King Malaysia

 

8) LengQuas – Makan Dan Menang

Para suami dan anak mithali mesti tengah pikir hadiah apa lah yang nak diberikan pada mak dan isterinya. Percaya tak dengan RM20 je korang boleh dapat menang thermomix ni atau hadiah hadiah menarik bernilai sehingga RM100,000?! Surirumah mana je yang tak happy kalau dapat thermomix pelbagai fungsi ni. Dengan pembelian produk LengQuas minimum RM20, korang boleh menang hadiah utama, thermomix untuk 2 pemenang setiap bulan!

Tempoh : 1 April 2021 – 30 Jun 2021
Link Facebook : LengQuas

 

9) Vit’s – Masak Kongsi Dan Menang

Vit’s jenama mi segera halal yang sudah bertapak selama 46 tahun, menjemput semua menyertai peraduan Masak, Kongsi dan Menang bagi melancarkan produk terbaru, Mi Segera Pek Istimewa Ramadhan. Cara menyertai senang je dengan membeli dan menyediakan hidangan yang dimasak menggunakan produk terbaru Vit’s dan kongsikan di media sosial bersama #vitskanadameriahnyaraya.

Tempoh : 1 April 2021 – 14 Jun 2021
Link Facebook : Vit’s

 

10) Ajinomoto Malaysia – Umami Club

Ajinomoto ada menyediakan peraduan untuk Umami Club sebagai peraduan bulanan. 50 set tuala tangan eksklusif Ajinomoto dan 2 paket perasa nasi goreng Seri Aji akan diberikan kepada 50 pemenang bertuah dengan jawapan yang betul setiap bulan. Peminat paket perasa Seri Aji mesti tiada masalah kan nak jawab soalan senang dari Ajinomoto.

Tempoh : 1 April 2021 – 30 Jun 2021
Link Facebook : Ajinomoto Malaysia

 

Leave your comment

error: Content is protected !!