Dah Vaksin? Jom Claim Promo Dan Makanan Free!

Ada berita baik untuk yang dah mendaftar dan dah divaksin! Sebagai dorongan untuk rakyat Malaysia mengambil vaksin dalam perjuangan melawan COVID-19, ada banyak F&B dikenali telah menunjukkan sokongan mereka dengan memberikan promosi dan makanan percuma untuk mereka yang telah mengambil vaksin. Ini semestinya berita yang sangat menggembirakan, sebab bukan je rakyat dapat melawan virus dengan berkesan, tapi rakyat juga seakan dapat hadiah atas usaha mereka dengan menikmati semua promosi ni!

 

1. Secret Recipe

Dah dapat dos vaksin pertama? Korang boleh mendapatkan Iced Plum Lime Juice secara PERCUMA bersama dengan hidangan utama yang dipilih ketika menunjukkan bukti dos pertama yang lengkap di aplikasi MySejahtera. Tawaran ni sah atas pesanan takeaway di semua outlet Secret Recipe di Malaysia.

Tempoh : 5 Jun 2021 – 30 Jun 2021
Link Facebook : Secret Recipe Malaysia

 

2. US Pizza Malaysia

Bagi yang sudah divaksin, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke outlet US Pizza berdekatan dan dapatkan Pizza Regular secara PERCUMA! Apa yang harus korang lakukan ialah dengan menunjukkan aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi kepada staff mereka, dan korang layak untuk terima pizza percuma!

Tempoh : 2 Jun 2021 – 2 Julai 2021
Link Facebook : US Pizza Malaysia

 

3. Llaollao

Jenama frozen yogurt yang menjadi salah satu kegemaran ramai ni memberikan potongan harga istimewa sebanyak 15% jika anda telah diberi vaksin dan membeli produk mereka di kedai. Llaollao juga telah menjelaskan bahawa selagi pelanggan menerima dos pertama vaksin, promo ini akan ditawarkan. Hanya perlu tunjukkan status vaccination di Mysejahtera.

Tempoh : 26 Mei 2021 – 31 Ogos 2021
Link Facebook : llaollao Malaysia



4. Chatime

Chatime gang dah daftar untuk vaksin ke belum? Kalau dah daftar, boleh lah terus ke outlet Chatime berdekatan untuk dapatkan tawaran promo beli 1 percuma 1. Cukup dengan hanya flash pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera di kaunter je. Mudah kan!

Tempoh : 15 Jun 2021 – 15 Julai 2021
Link Facebook : Chatime Malaysia

 

5. Jobbie Nut Butter

Jobbie Nut Butter memberikan potongan harga kepada mereka yang telah mendaftar vaksin COVID-19. Tawaran ni boleh di claim jika membeli butter kacang atau set hadiah di laman web mereka. Dan jumlah maksimum yang boleh korang tukarkan untuk setiap pesanan adalah RM50. Sebanyak 6 806 redemptions akan diberikan sepanjang tempoh kempen mereka dijalankan berdasarkan perkhidmatan first-come-first-serve. Nombor diberikan dipilih kerana itu merupakan jumlah kes COVID-19 tertinggi yang dicatatkan oleh negara sewaktu pengumuman promosi mereka pada 20 Mei 2021.

Tempoh : 21 Mei 2021 – 20 Jun 2021
Link Facebook : Jobbie Nut Butter

 

6. JUICY

Jangan lupa untuk tuntut minuman bervitamin tambahan korang dari JUICY Malaysia. Ini merupakan hadiah kepada anda kerana telah menjalankan peranan yang bagus untuk melindungi diri dan orang tersayang. Sebagai menunjukkan sokongan dan penghargaan mereka kepada yang telah di vaksin, mereka memberikan diskaun sebanyak 50% untuk cawan ke-2! Dengan hanya perlu menunjukkan status vaksinasi MySejahtera sebagai bukti telah divaksin.

Untuk mereka yang sudah daftar tapi masih menunggu giliran, ada tawaran hebat untuk korang juga! Topping percuma akan diberikan pada jus yang dibeli oleh mereka yang sudah mendaftar. Untung kan!

Tempoh : sehingga 31 Ogos 2021
Link Facebook : JUICY Malaysia



7. Don’t Yell At Me

Tiada yang lebih menyegarkan ketika mengharungi cuaca yang panas melainkan minuman sejuk. Jangan risau, Don’t Yell At Me menyelesaikan masalah tersebut. Selepas melakukan vaksinasi, korang boleh terus ke kedai mereka untuk menebus minuman winter melon chrysanthemum secara percuma. Admin sangat yakin minuman tu dapat membantu mengurangkan panas dan keradangan! Lebih-lebih lagi bila baru je selesai dari divaksin. Tapi kene cepat, sebab mereka hanya memberikan 10,000 cawan secara keseluruhan berdasarkan first-come-first-serve basis.

Tempoh : –
Link Facebook : Don’t Yell At Me

 

8. Vanilla Crepe

Vanilla Mille Crepe merupakan simbol kemanisan dan perayaan. Sesuai untuk sebarang majlis khas, seperti hari jadi, ulang tahun, atau valentine. Tapi untuk situasi ni, juga sangat sesuai untuk yang baru lepas divaksin. Untuk setiap sijil vaksinasi Covid19 yang korang tunjukkan kepada mereka, mereka akan berikan sepotong kek percuma untuk setiap kek ke-2 yang dibeli!

Tempoh : –
Link Facebook : Vanilla Crepe

 

9. Cafe Eatura

Cafe yang terletak di bandar Johor ni juga memberi galakan kepada rakyat untuk mengambil vaksin dengan memberi kuih nyonya dan minuman secara percuma kepada mereka yang sudah divaksin. Dengan hanya perlu menunjukkan card vaksin kepada mereka, mereka akan terus memberikan makanan dan minuman secara percuma.

Tempoh : 7 Jun 2021 – 27 Julai 2021
Link Facebook : Cafe Eatura



10. myBurgerLab

Mesti ramai yang tau myBurgerLab dah menjadi juara dalam mendapatkan Vaksin Covid-19 supaya mereka dapat mencapai herd immunity yang berjaya terhadap Covid-19. Jadi myBurgerLab akan berikan RM10 kepada semua rakyat Malaysia yang dah mengambil first dose vaksin. Cara nya mudah je. Cuma perlu download dan daftar di aplikasi myBurgerLab dan tap “I’m Vaccinated”. Mudah je kan! Jadi bagi yang dah menerima first dose tu, jangan lupa claim tau.

Tempoh : –
Link Facebook : myBurgerLab

 

Leave your comment

error: Content is protected !!