"3 hari kat Johor Bahru nak makan mana eh?" kata Netizen

Saban hari, makin ramai min min tengok orang luar bercuti di Johor Bahru. Selain dari terkenalnya Johor dengan tempat-tempat menarik untuk seisi keluarga, Johor juga terkenal dengan tarikan makanannya. Dengan ini, buat julung kalinya min min sediakan cadangan tempat makan selama percutian 3 hari 2 malam di Johor Bahru.

HARI PERTAMA

PAGI

Singgah sebentar ke Salahuddin Bakery untuk membungkus pastri yang dihidangkan secara panas. Uniknya, pastri disini dimasak didalam ketuhar dapur arang dan kedai ini sudah beroperasi sejak 1937 iaitu sudah lebih 80 tahun!

Nama Kedai 🍽 : Salahuddin Bakery
Alamat📍: No 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 9:30 AM – 6:00 PM
No. Telefon 📞 : 012-766 8380


Sarapan di Warung Saga yang penuh dengan perhiasan gambar-gambar lama. Hiasan gambar-gambar lama di dinding kedai makan ini membangkitkan aura nostalgia dan klasik terasa seperti di muzium pula!

Nama Kedai 🍽 : Warung Saga
Alamat📍: No 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 7:00 AM – 1:00 PM (CLOSED on Friday)
No. Telefon 📞 : 017-444 9910
Link Facebook : @Warongsaga
Link Instagram : @warung_saga



MAKAN TENGAHARI & MINUM PETANG

Makan tengahari dan juga minum petang di Restoran Hua Mui. Terkenal dengan menu kopitiam yang digemari oleh setiap golongan bangsa di Johor Bahru ini dan juga menjadi salah satu kedai yang patut dikunjungi jika ke Johor Bahru.

Nama Kedai 🍽 : Restoran Hua Mui
Alamat📍: No 131, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 8:30 AM – 6:00 PM
No. Telefon 📞 :011-3505 8916
Link Facebook : @RestoranHuaMui


MAKAN MALAM

Digalakkan untuk datang awal untuk makan malam di Medan Selera Tepian Tebrau sebab sering penuh dengan kunjungan orang ramai. Merupakan antara spot baik untuk merasai pelbagai juadah yang sedap dalam satu tempat. Gerai Ayong & Tip Top Ikan Bakar antara gerai pilihan ramai!

Nama Kedai 🍽 : Medan Selera Tepian Tebrau
Alamat📍: Jalan Mohammad Amin, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 6:00 PM – 12:00 AM



HARI KEDUA

PAGI

Sarapan ditempat yang unik iaitu di Restoran ZZ Sup Tulang. Sesiapa sahaja pasti terpukau dengan keunikan lokasi kedai. Nak tahu apa? Meh ke sini dah lihat sendiri. Patut dicuba disini ialah mee rebus tulang!

Nama Kedai 🍽 : Restoran ZZ Sup Tulang
Alamat📍: Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 6:00 AM – 1:00 PM
No. Telefon 📞 : 07-224 0417

Singgah sebentar di Mr Sam You Char Kway untuk merasai sendiri keunikan char kway yang unik! Terdiri daripada pelbagai hidangan char kway antaranya perisa coklet, kacang, “prosperity”, “apple cider” dan banyak lagi.

Nama Kedai 🍽 : Mr Sam You Char Kway
Alamat📍: No 101, Jalan Mahmoodiah, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ :  12:30 PM – 6:00 PM (TUTUP Jumaat & Sabtu)
No. Telefon 📞 : 013-219 9766
Link Facebook : @mrsamyoucharkway
Link Instagram : @mrsamyoucharkway

MAKAN TENGAHARI

Nak makan satay waktu tengahari? Jom ke Al-Mizan Satay House! Admin boleh cakap, satay kat sini sangat sedap dan antara yang terbaik di Johor Bahru ni. Sangat puas hati dengan menu lain yang dihidangkan. Wajib cuba disini ya!

Nama Kedai 🍽 : Al-Mizan Satay House
Alamat📍: No 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 12:00 PM – 12:00 AM (TUTUP Khamis)
No. Telefon 📞 :
Link Facebook : @almizansatayhouse
Link Instagram : @almizansatayhouse



MAKAN MALAM

Terus ke Bubur Istimewa No 1 Sentosa untuk menikmati bubur terbaik di Johor Bahru! Bubur putih disini datangkan dengan set bersama kangkung belacan, ikan bilis tumis & telur masin. Menu tambahan korang boleh cuba kerang sambal atau ikan bakar.

Nama Kedai 🍽 : Bubur Istimewa No 1 Sentosa
Alamat📍:  No 28, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ : 6:00 PM 3:00 AM (TUTUP Isnin)

HARI KETIGA

PAGI

Jom ke kedai makan yang hidangannya mula diperkenal di Johor, tak lain tak bukan Kacang Pool Haji! Pasti semua sedia tahu akan hidangan ini dimana-mana tapi yang korang bakal pergi ni merupakan kedai yang menjadi pelopor kepada hidangan Kacang Pool Haji. Wajib cuba ya!

Nama Kedai 🍽 : Kacang Pool Haji
Alamat📍: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi ⏰ :  7:00 AM – 11:00 PM
No. Telefon 📞 :013-737 7997
Link Facebook : @restorankacangpoolhaji



Makan Tengahari + Minum Petang

Kalau ke Johor, tak sah kalau tak merasa Asam Pedas. Jadi sebelum balik, mari makan tengahari di Asam Pedas Kampung Sungai Melayu. Asam pedas kat sini pekat dan cukup rasa memang confirm sedap! Pergi jangan tak pergi ya!

Nama Kedai 🍽 : Asam Pedas Kampung Sungai Melayu
Alamat📍: Kampung Sungai Melayu, 80200 Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 10:00 AM – 11:00 PM
No. Telefon 📞 : 019-732 0707

Leave your comment