Biar betul kedai-kedai ni ada kat Johor? Unik habis!

Makan tetap makan, tapi bestnya kalau dapat ‘OOTD’ dekat kedai yang unik sambil-sambil tengah lunch atau dinner tu. Korang jangan risau lagi, sebab kat sini admin akan senaraikan 10 kedai makan yang memang unik reka dalamannya. Lepasni, boleh lah ajak keluarga, kawan-kawan atau buah hati korang lepak sini. Yang paling penting, gambar untuk Instagram korang pasti ‘cool’ gila!


1. Cafe Racer by Grillbar

Uniknya kedai makan ni adalah kerana reka dalamannya yang dihiasi dengan barangan antik. Susunan barangan antiknya seperti topi keledar dan motorsikal berjenama lama pasti akan menggamit memori korang.

Nama Kedai 🍽 : Cafe Racer by Grillbar
Alamat📍:  No.72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 12.00PM-11.30PM
Link Facebook : @Cafe Racer by Grillbar
Link Instagram : @caferacerbygrillbar


2. The Backroom JB

Pernah tak korang pergi kedai makan, tapi tak ada pintu masuk? Unik gila kan! Tiba-tiba rasa macam tengah dalam ‘treasure hunt’ pula. Masa tu lah korang akan tercari-cari cara nak masuk ke kedai ni. Goodluck korang!

Nama Kedai 🍽 : The Backroom JB
Alamat📍:  No.11, Jalan Dhoby, Bandaraya Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 11.30AM-9.30PM (Isnin-Rabu) / 11.30AM-10.30PM (Khamis-Ahad)
No. Telefon : 017-850 1069
Link Facebook : @The Backroom JB
Link Instagram : @thebackroomjb



3. DC Comics Super Heroes Cafe

Buat penggemar tegar DC Comics pasti akan jatuh cinta dengan kedai ini. Kenapa? Kerana seluruh pelosok kedai ini direka khas bermotifkan Super Heroes kesayangan korang. ‘Cool’ kan!

Nama Kedai 🍽 : DC Comics Super Heroes Cafe
Alamat📍:  Lot 14B & 15B, Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Johor Bahru 79000
Waktu Operasi ⏰ : 11.00AM-10.00PM (Isnin-Khamis) / 11.00AM-9.00PM (Jumaat-Ahad)
No. Telefon : 07-553 9366
Link Facebook : @DC Comics Super Heroes Cafe Puteri Harbour


4. The Dreamliner Airways Cafe

“Panggilan terakhir untuk penumpang penerbangan Dreamliner Airways, kami akan berlepas sebentar lagi. Terima kasih.” Haa, jangan ingat kat atas kapal terbang je boleh rasa macam ‘fly’ atas langit. Dekat Dreamliner Airways pun ada okay. Jom cuba sekarang!

Nama Kedai 🍽 : The Dreamliner Airways Cafe
Alamat📍:  No.7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 11.00AM-11.00PM
Link Facebook : @The Dreamliner Airways CAFE
Link Instagram : @thedreamlinerairways1



5. The Cave

Sesuai sangat dengan namanya, korang akan rasa seolah-olah korang tengah menikmati makanan dalam gua! Tiba-tiba admin teringat cerita kartun The Flintstones masa kecil-kecil dulu tu. Siapa geng dengan admin?


Nama Kedai 
🍽 : The Cave
Alamat📍:  No.9, Jalan Kolam Ayer, 81000 Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 11.30AM-11.30PM
No. Telefon : 07-223 3221
Link Facebook : @The Cave
Link Instagram : @thecavejb


6. Red Bow Cafe

Agak-agak korang kan, siapakah kartun yang selalu sangat pakai ‘red bow’ ni? Mestilah……..Hello Kitty! Comel kan kalau dapat ‘hi-tea’ dekat sini hari-hari. Siapa nak jadi date admin?

Nama Kedai 🍽 : Red Bow Cafe
Alamat📍:  2, Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri
Waktu Operasi ⏰ : 10.00AM-6.00PM
Link Facebook : @Sanrio Hello Kitty Town
Link Instagram : @sanriohellokittytown



7. Cats Cafe

Tengok nama kedai pun dah tahu, memang penuh dengan kucing! Uniknya dekat sini, korang boleh makan sambil bermain dengan kucing-kucing yang ada tau. Admin tahu, pencinta kucing pasti tak sabar nak datang sini. Jom serbu!

Nama Kedai 🍽 : Cats Cafe
Alamat📍:  31A, Jalan Abdul Samad, Lorong 2C, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 12.30AM-9.00PM (Isnin-Khamis) / 1.00PM-9.30PM (Jumaat-Ahad)
No. Telefon : 07-207 0399
Link Facebook : @CATS Cafe JB – Cats At Their Sanctuary
Link Instagram : @catscafejb


8. Drums Cafe

Siapa pernah dengar tentang drum tradisional kaum Cina? Dekat sini, korang boleh jumpa dan main drum ni sekali. Mana lah tahu kalau tangan korang gatal sangat nak mengetuk drum, ha sini lah tempatnya. Ketuk jangan tak ketuk!

Nama Kedai 🍽 : Drums Cafe
Alamat📍:  31, Jalan Tan Hiok Nee, Bandaraya Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 9.00AM-5.00PM
No. Telefon : 018-240 6686
Link Facebook : @Drums Cafe
Link Instagram : @drumscafe



9. JDT Cafe

Negeri Johor ini memang sangat terkenal dengan kelab pasukan bola sepaknya iaitu Johor Darul Takzim. Sehingga terbinanya cafe ini, dimana peminat-peminat boleh menikmati makan malam sambil menyaksikan pemain kelab Johor Darul Takzim menjalani latihan harian mereka. Unik bukan? Hanya ada di Johor sahaja.

Nama Kedai 🍽 : JDT Cafe
Alamat📍:  Padang Sri Gelam, Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 4.00PM-11.30PM
Link Facebook : @JDT Cafe
Link Instagram : @officialjdtcafe


10. Culture Street Cafe (EHHE Art Cafe)

Dengan seni bina separuh batu-bata dan separuh lagi papan, cafe ini sangat menarik perhatian orang yang melalui jalan sekitarnya. Dipenuhi dengan seni lukisan dan gambar lama, dinding dalaman cafe ini juga sangat menarik dan nostalgik.

Nama Kedai 🍽 : Culture Street Cafe
Alamat📍:  No1, Jalan Trus, 80000 Bandaraya Johor Bahru
Waktu Operasi ⏰ : 7.00AM-5.00PM
No. Telefon : 07-220 0866
Link Facebook : @Culture Street Art

1 Comment Leave a comment

  1. Zairul Mohd Nor July 5, 2019 Subscriber

    ELEhh.. Mak saya masak lagi sedap

Leave your comment